GEORGE TOWN, 28 April- Kementerian Digital mengalakkan setiap kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) menggubal udang-undang perkongsian data bagi mewujudkan kerangka lebih jelas dan berkesan.
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata, perkara itu selaras dengan Akta Perkongsian Data 2025 yang berkuatkuasa hari ini yang merupakan akta pertama bagi membolehkan data dikongsi antara agensi dan kementerian di peringkat pusat.
"Ini akan membolehkan satu proses bermula, sekiranya data diperlukan oleh agensi-agensi tertentu daripada agensi-agensi yang lain maka wujud prosedur iaitu permintaan boleh dibuat untuk memperoleh data tersebut.
"Satu jawatankuasa diwujudkan yang diketuai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Digital akan membuat penilaian berkaitan dengan litar tersebut dan sekiranya data itu boleh dikongsikan maka ianya akan dibenarkan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri taklimat Penang Ai City Beyond Smart Cities di Komtar di sini.
Inisiatif berkenaan penting kerana ia merupakan sebahagian usaha Malaysia ke arah negara digital.
Beliau turut memaklumkan bahawa Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada Smary City Expo pada 17 September depan.
Ekspo yang biasanya diadakan di Bercelona, Sepanyol itu bakal menampilkan teknologi baharu berkaitan Smart Cities dan dijangka bakal menarik kunjungan antarabangsa dalam negara.