fb fb fb fb fb

Kembara Roof Top Tent (RTT) dan Mobile Home antara produk pelancongan baharu diperkenal

KUALA LUMPUR, 15 Mac - Kewujudan produk-produk pelancongan negara yang baharu bagi menarik pelancong dari dalam dan luar negara terus dipergiat.

Antaranya Kembara Roof Top Tent (RTT) dan Mobile Home.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri menjelaskan, perkara yang perlu diberi perhatian dalam pembangunan produk ini adalah ketersediaan kemudahan dan infrastruktur seperti tapak dan fasiliti.

Ia untuk kemudahan dan keselesaan pelancong yang menggunakan produk pelancongan ini.

"Dalam hal ini, MOTAC melalui Pejabat-pejabat MOTAC Negeri di seluruh negara turut sentiasa bekerjasama rapat dengan Kerajaan Negeri dalam usaha untuk memastikan kemudahan infrastruktur dan prasarana asas untuk pelancong disediakan dan diselenggara dalam memastikan standard dan kualiti perkhidmatan sentiasa berada pada tahap yang tinggi,"

Beliau menjawab soalan asal dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat yang di kemukakan ahli parlimen Sabak Bernam Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh.

(Yamani menjawab soalan wakil Sibuti Lukanisman Awang Sauni mengenai kaedah pembelian BNPL diplatform perdagangan dalam talian)

Dalam perkembangan lain, satu rangka kerja perundangan komprehensif sedang dilaksanakan melibatkan Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) serta agensi berkaitan bagi mengawal selia semua aktiviti kredit pengguna termasuk skim “Buy Now Pay Later” (BNPL).

Timbalan Menteri Kewangan II Yamani Hafez Musa berkata, rangka kerja tersebut akan dilakukan melalui penggubalan Akta Kredit Pengguna (CCA) pada tahun ini.

"Dengan penggubalan CCA, semua pemberi kredit termasuk BNPL akan tertakluk kepada peraturan yang sewajarnya. Peraturan ini juga termasuk pengawalan risiko dan perlindungan pengguna serta merangkumi peraturan pematuhan syariah yang bersesuaian dalam menjalankan aktiviti BNPL," kata Yamani di sini.



Media Baharu