fb fb fb fb fb

Kemas kini penduduk terjejas banjir di Melaka dan Kedah

(Foto Hiasan)

MELAKA, 29 Oktober- Jumlah penduduk banjir di dua daerah di Melaka menurun kepada 134 orang daripada 34 keluarga pada 8:30 pagi ini berbanding 170 orang membabitkan 50 keluarga pada 4 petang semalam.

Menurut portal InfoBencana JKM pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Tanjong Rimau Luar di Alor Gajah ditutup pada 10 malam tadi.

"Sebanyak 34 penduduk daripada 13 keluarga ditempatkan di dua PPS di Alor Gajah di Balai Raya Kampung Gadek dan SMK Seri Pengkalan manakala 100 penduduk terjejas daripada 21 keluarga ditempatkan di SK Krubong di Melaka Tengah," menurutnya.

Antara kawasan terjejas banjir di Alor Gajah adalah Kampung Gadek, Pengkalan, Kampung Panchor, Kampung Beringin dan Kampung Pulau manakala di Melaka Tengah membabitkan Kampung Lanjut Manis dan Kampung Tanah Merah.

Sementara itu di Kedah, lima PPS masih dibuka dengan menempatkan 267 penduduk terjejas melibatkan 89 keluarga.

"PPS SK Binjal Kubang Pasu menyaksikan 86 penduduk terjejas ditempatkan di situ manakala PPS SK Suka Menanti Kota Setar menempatkan 73 penduduk terjejas.

"SK Seri Bayu Siong, Sik, SK Tanjung Pari Baling, SK Siong Baling pula masing-masing menempatkan 33, 57, 18 penduduk terjejas," menurut portal InfoBencana JKM.


(Foto Hiasan)

Media Baharu