fb fb fb fb fb

Kemalangan: Wanita maut, pemandu lori cedera

ROMPIN, 10 September- Seorang maut, manakala seorang lagi cedera selepas terlibat kemalangan membabitkan kereta dan lori.

Insiden berlaku di Jalan Selendang, Felda Selendang, Rompin, pagi tadi.

Identiti mangsa yang maut disahkan sebagai Nur Natrah Daharuddin, 26 tahun yang merupakan pemandu kereta.

Manakala pemandu lori, hanya mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Rompin bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria mengesahkannya mengenai insiden memaklumkan, laporan kemalangan diterima pada pukul 9.43 pagi.

Susulan itu, sepasukan pegawai serta anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Rompin ke lokasi insiden.

Ketika tiba di lokasi, pihaknya mendapati terdapat seorang lelaki yang juga pemandu lori mengalami kecederaan, manakala seorang wanita yang tersepit dalam kereta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Rompin untuk menerima rawatan manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.


(Anggota dari BBP Kuala Rompin ke lokasi insiden bagi menyelamat mangsa)

Media Baharu