fb fb fb fb fb

Kemalangan dua kereta: Tiga maut termasuk sepasang suami isteri

Foto JBPM

IPOH, 25 Mei - Kira-kira tiga maut manakala enam lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kilometer 262.5 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) Sabak Bernam menghala ke Changkat Jering di Taiping, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad dalam kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan pada 11.11 malam berhubung kemalangan tersebut.

Mangsa yang meninggal dunia penumpang wanita yang identitinya sedang dikenal pasti dan pasangan suami isteri berusia 37 serta 36 tahun.

"Ketiga-tiga mangsa yang maut telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Enam mangsa yang cedera iaitu lima kanak-kanak dan seorang wanita pula telah dibawa ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut," katanya.

Indentiti kesemua mangsa yang cedera sedang dikenal pasti.

TETITIA YUSOFF