fb fb fb fb fb

Kemalangan di Jambatan Link Kedua, tangki bahan kimia terjatuh ke laut

Kemalangan berlaku di Jambatan Link Kedua, kilometer 0.8, Lebuhraya Plus, petang tadi

ISKANDAR PUTERI, 24 Julai - Sebuah tangki yang mengandungi bahan kimia dipercayai Propoline Glycol terjatuh ke dalam laut, selepas sebuah lori yang membawa muatan tersebut terlibat kemalangan dengan sebuah lori lain di Jambatan Link Kedua, kilometer 0.8, Lebuhraya Plus di sini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Pegawai Bomba Kanan Satu Nurmala Sideli  berkata kemalangan itu berlaku pada 5:41 petang tadi dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Seramai tujuh anggota bersama satu jentera bomba dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menangani situasi tersebut.

 

NIZAMIAH ASIQIN MOHD ZUKNI