fb fb fb fb fb

Festival Asyura Mega Pasar Payang 2025 disambut meriah

Bubur Asyura/Foto BERNAMA

KUALA TERENGGANU, 24 Julai - Festival Asyura Mega Pasar Payang 2025 disambut meriah dalam penganjuran buat julung kalinya oleh Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Terengganu, cawangan Kuala Terengganu.

Program sehari tersebut melibatkan 27 penyertaan dari agensi kerajaan dan swasta serta Badan bukan kerajaan menyertai Pertandingan Kacau Bubur Asyura.

Pengerusinya, Shahril Helmi Kamarudin berkata, sebanyak 13 kawah bubur Asyura lagi disediakan oleh ahli persatuan untuk diagihkan kepada pengunjung.   

"Jumlah penyertaan keseluruhan adalah 27 dengan 13 kawah lagi daripada Persatuan Penjaja Sendiri yang diagihkan kepada pengunjung serta peniaga sekitar Pasar Payang," katanya.

Dalam majlis tersebut, johan dimenangi Kumpulan Sri Payang dengan membawa hadiah wang tunai RM1500 beserta trofi pusingan.

"Bubur Asyura daripada kami khas untuk semua kaum kerana ia sesuai dimakan oleh sesiapa sahaja. Kami tidak menggunakan daging dalam resepi ini. Bubur Asyura Terengganu asli kami mengandungi ikan selayang dan isi ayam sahaja, menjadikannya istimewa dan berbeza daripada bubur Asyura lain yang biasanya menggunakan daging," ujar Azurawati Ngah.

"Sekiranya ada pelancong yang datang pasti lebih meriah kerana mereka berpeluang merasai Bubur Asyura Terengganu yang asli ini," kata Aripin Ali.

Sementara itu, tempat kedua pula dimenangi Kumpulan KRT Ladang Gemilang dengan hadiah wang tunai RM800 beserta trofi.

Hadiah disampaikan Yang DiPertua Dewan Undangan Rakyat, Datuk Mohd Nor Hamzah di Kedai Pasar Payang, Kuala Terengganu.

Festival tersebut berpotensi dijadikan sebagai acara tahunan tetap dalam kalendar pelancongan negeri Terengganu di masa akan datang.

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN