fb fb fb fb fb

Kemajuan AI, inovasi digital dan ekonomi hijau penentu masa depan ASEAN

Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 26 Mei- Keupayaan ASEAN untuk menerajui bidang kecerdasan buatan (AI), inovasi digital dan ekonomi hijau akan menjadi penentu utama kepada kemakmuran dan masa depan serantau.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemajuan dalam bidang teknologi dan sains akan terus membentuk hala tuju masa depan ASEAN, justeru ia perlu ditadbir dan dimanfaatkan dengan bijaksana.

"Pada tahun-tahun mendatang, bidang teknologi dan sains akan terus berevolusi. Kita berupaya untuk menerajui AI, inovasi digital serta ekonomi hijau bukan sahaja akan menentukan kemakmuran kita, tetapi juga perpaduan kita.

"Namun, teknologi ini juga membawa risiko. Jika tidak ditadbir dengan baik, ia boleh memperluaskan jurang ketidaksamarataan," katanya.

Beliau berucap pada Majlis Menandatangani Deklarasi Kuala Lumpur ASEAN 2045 : Masa Depan Bersama yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di ibu negara hari ini.

Deklarasi tersebut juga menekankan komitmen ASEAN dalam membina masa depan inklusif, mampan dan berdaya tahan melalui kerjasama strategik dalam bidang teknologi, ekonomi dan pembangunan sosial.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI