fb fb fb fb fb

Keluar simpang secara mengejut, lelaki maut dilanggar lori

Keadaan kereta yang terlibat kemalangan di di kilometer 147, Jalan Kuantan-Seremban, Rompin

ROMPIN, 16 Jun- Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya dipercayai keluar secara mengejut dari simpang terlibat kemalangan di kilometer 147, Jalan Kuantan-Seremban di sini.

Kejadian kira-kira pukul 12.00 tengah hari tadi berlaku ketika sebuah lori tanpa muatan yang bergerak lurus tidak sempat mengelak dan melanggar kereta terbabit yang sedang keluar dari simpang empat belah kiri.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, pemandu kereta, Muhammad Nasri Sulaiman, 32 tahun beralamat di Felda Jenderak Utara, Kuala Krau, Temerloh, Pahang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara itu penumpang kereta tersebut yang juga tunang kepada Muhammad Nasri, Norafikaharanap Syafaruddin, 33 tahun, cedera parah dan dilaporkan kritikal dan sedang dirawat di Hospital Muadzam Shah.

Manakala pemandu lori yang berusia 53 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ssiasatan awal mendapati lori berkenaan dari arah Bahau menghala ke arah Muadzam Shah, Rompin.

Apabila tiba di lokasi kejadian, tiba-tiba sebuah kereta kereta keluar dari simpang empat.

Akibat jarak yang dekat pemandu lori tersebut tidak sempat mengelak lalu terlanggar kereta tersebut.

Bagaimanapun polis meminta saksi kemalangan tersebut tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin bagi membantu siasatan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI