100,000 tempat duduk ETS terjual sempena Deepavali


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Azlan Shah Al Bakri

KUALA LUMPUR, 5 November – Permintaan terhadap perkhidmatan kereta api Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bersempena sambutan Deepavali tahun ini memberangsangkan apabila kesemua 100,000 tempat duduk perkhidmatan ETS habis dijual.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perkhidmatan EMUPlus dengan tambang lebih rendah untuk perjalanan jarak dekat, termasuk laluan Kuala Lumpur ke Ipoh, mendapat sambutan menggalakkan.
  • KTMB menyediakan empat perjalanan tambahan bagi laluan Kuala Lumpur ke Padang Besar, menambah kira-kira 1,200 hingga 1,300 tempat duduk.
  • Operasi kargo meningkat; hasil RM96 juta Jan hingga Sep 2026, muatan 1.3 juta tan; pelaksanaan strategi RSS leasing kukuhkan kapasiti rel.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Azlan Shah Al Bakri berkata, perkhidmatan EMUPlus yang menawarkan tambang lebih rendah bagi perjalanan jarak dekat, termasuk laluan Kuala Lumpur ke Ipoh, turut mendapat sambutan menggalakkan.

Bagi memenuhi peningkatan permintaan, KTMB turut menyediakan perkhidmatan tren tambahan sepanjang musim perayaan.

“Pada pagi ini, kami akan membuka empat perjalanan tambahan melibatkan kira-kira 1,200 hingga 1,300 tempat duduk bagi laluan Kuala Lumpur–Padang Besar.

“Itulah usaha yang kami lakukan bagi memenuhi permintaan perjalanan bersempena cuti Deepavali. Alhamdulillah, sambutannya amat menggalakkan,” katanya kepada RTM.

Dalam perkembangan lain, KTMB merekodkan hasil operasi kargo sebanyak RM96 juta bagi tempoh Januari hingga September 2026, meningkat 10 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Dalam tempoh itu, jumlah muatan kargo meningkat 16 peratus kepada 1.3 juta tan, manakala pergerakan kontena bertambah enam peratus kepada 173,844 unit bersamaan dua puluh kaki (TEU).

Datuk Azlan Shah Al Bakri berkata, peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan kargo rel mendorong KTMB memperkukuh kapasiti operasi menerusi pelaksanaan Strategi Aset Kereta Api (RSS).

“Pelaksanaan RSS leasing ini adalah bagi memenuhi permintaan terhadap perkhidmatan kargo rel serta menyokong peralihan pengangkutan barangan daripada jalan raya kepada rel,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.