fb fb fb fb fb

Kelewatan pengagihan BWI disebabkan tuntutan meragukan

PUTRAJAYA, 25 Januari - Perdana Menteri turut menjelaskan kelewatan pengagihan Bantuan Wang Ihsan, (BWI) kepada penduduk terjejas banjir yang tidak berpindah beraku, disebabkan terdapat tuntutan yang boleh dianggap meragukan.

Malah, terdapat juga permohonan BWI yang tinggi diterima dari sesetengah negeri, iaitu sekali ganda daripada jumlah asal ditetapkan.

Perkara tersebut berlaku disebabkan terdapat kes individu yang membuat tuntutan BWI, walaupun, keadaan air di rumah hanya di paras buku lali dan kes mereka yang tidak berpindah ke pusat pemindahan sementera (PPS), sebaliknya berada di rumah saudara masing-masing.

"Kita telah umumkan, mereka yang tidak berpindah tetapi terkesan akibat banjir akan diberikan bantuan, tetapi akhirnya terlalu ramai memohon dan ia agak meragukan. Oleh sebab itu, kita memerlukan tapisan daripada ketua kampung dan sebagainya, ada yang berpindah tetapi air baru takat buku lali di bawah rumah, mereka juga menuntut walau tiada kerugian dan sebagainya", Katanya.

Beliau berucap pada Majlis Amanat Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini.

Tambah Ismail Sabri, hampir 100% penduduk terjejas banjir yang berpindah telah menerima BWI dan urusan pengagihan bantuan itu dijangka selesai dalam masa terdekat.

Media Baharu