KUALA LUMPUR, 10 Oktober- Malaysia perlu memanfaatkan kelembapan ekonomi China ketika ini bagi menerokai pasaran baharu dan beralih daripada sektor industri pembuatan bagi mengurangkan risiko kepada pelabur dan pemain industri.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, pelabur dan pemain industri negara perlu merebut peluang seperti mana yang dilakukan negara jiran, Vietnam.
"Dengan keadaan geopolitik yang berlaku di China, banyak pelabur dan pemain industri membina industri pembuatan, mengambil jalan mengurangkan risiko geopolitik ini.
" Jadi, kalau kita memberi tumpuan yang baik, itu akan membolehkan peralihan industri pembuatan di China untuk membolehkan kita melihat negara-negara lain", kara Rafiz ketika menjawab soalan Ahli Parlimen, Parit Sulong, Datuk seri Noraini Ahmad mengenai langkah kerajaan menghadapi ketidaktentuan ekonomi di peringkat global terutama risiko kelembapan ekonomi China.
Beliau menjawab soalan Parit Sulong, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad mengenai langkah kerajaan menghadapi ketidaktentuan ekonomi di peringkat global terutama risiko kelembapan ekonomi China.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata Malaysia sebagai negara perdagangan yang bergantung kepada eksport tidak boleh lari daripada kelembapan ekonomi di peringkat global di Dewan Rakyat di sini.
Namun katanya, syarikat tempatan perlu lebih berdaya saing demi memenuhi keperluan piawaian antarabangsa.
(Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli)