fb fb fb fb fb

Kelantan yakin cadangan projek akan dipertimbang kerajaan Persekutuan

Foto BERNAMA

BACHOK, 12 April- Kerajaan Kelantan yakin semua cadangan projek pembangunan yang dikemukakan kepada kerajaan Persekutuan akan mendapat pertimbangan sewajarnya.

Menteri Besarnya, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata cadangan tersebut telah dibincangkan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kelantan yang berlangsung di Kota Darulnaim, pagi tadi.

"Beberapa cadangan projek yang menjadi keutamaan kerajaan negeri Kelantan telah dikemukakan kepada pihak YAB PM.

Insya-Allah, saya cukup optimis di atas semangat cadangan-cadangan tersebut akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya oleh pihak kerajaan Persekutuan demi kesejahteraan rakyat negeri Kelantan," kata Datuk Mohd Nasuruddin, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 bersama Perdana Menteri peringkat Negeri Kelantan di Pantai Irama, di sini.

Beliau turut merakam penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri yang berkunjung ke Kelantan serta penganjuran Majlis Sambutan Aidilfitri Madani untuk menyantuni rakyat di Kelantan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM