fb fb fb fb fb

Tabika, Taska KEMAS di Perak akan dinaik taraf - TPM

Foto BERNAMA

TAPAH, 12 April- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi beri jaminan untuk menaik taraf semua Tabika dan Taska KEMAS di Perak.

Ini termasuk pendedahan kepada modul ibadah meliputi penghafalan surah-surah lazim al-Quran.

Menurut beliau, sejak tahun lalu pengukuhan modul ibadah yang dilaksanakan KEMAS telah berjaya melahirkan huffaz al-Quran.

"Alhamdulillah, rancangan ini telah memberikan kejayaan yang besar kepada KEMAS walaupun KEMAS tidak pernah ada kurikulum ataupun mata pelajaran ini.

Tetapi, di bawah pentadbiran Datuk Hanapiah Man, kita dapati lebih banyak dan ratusan ribu yang telah berjaya didedahkan dengan menghafal 30 surah ini. Saya ucapkan tahniah kepada KEMAS," kata Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Parenting Skill KEMAS di Kompleks Sukan Tapah, di sini.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM