fb fb fb fb fb

Kelantan peruntuk RM700,000 bantu penduduk terjejas banjir

SHAH ALAM, 12 Februari - Kerajaan Kelantan memperuntukkan RM700,000 kepada penduduk terjejas banjir di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata pihaknya akan sentiasa memastikan penduduk terjejas banjir khususnya anak-anak Kelantan mendapat bantuan yang sepatutnya.

Sebelum ini sumbangan sebanyak RM100,000 diberikan masing-masing kepada Kerajaan negeri Selangor dan Pahang melalui sumbangan Tabung Serambi Mekah.

"Permulaan banjir dahulu kita tubuhkan sukarelawan yang dihantar dan disertai oleh NGO di pelbagai peringkat. Kerajaan memperuntukkan RM100,000 kepada sukarelawan di beberapa tempat dan juga sumbangan kepada kerajaan Selangor dan Pahang," katanya.

Beliau ditemui pada majlis Bantuan Kebajikan Pasca Banjir 2021 'Anak Kelantan di Perantauan', di sini hari ini. Seramai 1,300 rakyat Kelantan yang tinggal di Lembah Kelang terjejas banjir tahun lepas.

Terdahulu, Ahmad menyampaikan sumbangan RM500 ringgit kepada 552 ketua keluarga di Selangor.

Media Baharu