fb fb fb fb fb

Kelab pasukan renjer perubahan iklim Malaysia bakal ditubuhkan

KUALA LUMPUR, 4 April- Satu kelab pasukan renjer perubahan iklim Malaysia akan ditubuhkan di negara ini bagi meningkatkan kesedaran mengenai kesan pemanasan global dan perubahan iklim.

Pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) All Women Empowerment To Accelerate (AWETA), Dr. Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir berkata idea berkenaan tercetus ketika melawat ke kawasan bongkah ais impak akibat pemanasan global menerusi misi pelayaran ‘Climate Force 2041’ di Antartika.

"Saya sudah pun secara peribadi berbincang dengan Robert Swan bagaimana cara untuk kita teruskan. Kita taknak pergi dan balik tiada apa-apa, sebab bukan pergi untuk melihat sahaja. Kita pergi untuk melihat, belajar dan mengaplikasi. Kepada pensyarah, jika anda adalah seorang aktivis, atau anda orang biasa, anda profesional tapi tiada platform, boleh sertai kami. Kepakaran anda akan kami guna 100% untuk kita buat aktiviti pemanasan global ini secara besar-besaran," kata Sharifah kepada pemberita selepas program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri, pagi tadi.


(Pengasas AWETA, Dr. Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir berkongsi klip video berada di Antartika
pada program Selamat Pagi Malaysia hari ini)

Jelasnya, keadaan di sana menimbulkan kerisauan lebih-lebih lagi Malaysia telah mengalami musim monsun yang berbeza daripada kebiasaan.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan agar rakyat Malaysia mengambil berat akan isu pemanasan global di negara ini.

Media Baharu