fb fb fb fb fb

Kekosongan kerusi enam Ahli Parlimen, Speaker sahkan terima notis daripada Bersatu

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul

KUALA LUMPUR, 24 Jun - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul mengesahkan telah menerima notis daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berhubung arahan untuk mengosongkan kerusi enam Ahli Parlimen parti itu yang menyokong Perdana Menteri.

Keputusan berhubung kedudukan wakil rakyat berkenaan akan diputuskan dalam tempoh 21 hari selepas menerima notis tersebut.

Notis tersebut diserahkan Ketua Whip Bersatu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee kepadanya, pada Jumaat lepas.

"Saya baharu dapat surat daripada Ahli Parlimen Beluran pada Jumaat lalu dan mengikut undang-undang saya ada 21 hari untuk mengkaji, insya-Allah saya ada 21 hari untuk mengusahakannya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Seni Sempena Ulang Tahun Ke-55 Hubungan Diplomatik Malaysia-Romania di Bangunan Parlimen, di sini.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN