fb fb fb fb fb

Kekosongan jawatan KPDN akan diisi secepat mungkin - Anwar

(Foto BERNAMA)

PUTRAJAYA, 15 September- Kekosongan jawatan Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan diisi secepat mungkin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau terbuka dengan sebarang cadangan bagi mengisi jawatan berkenaan.

Katanya, jawatan berkenaan akan diisi selepas beberapa pertimbangan dibuat.

"Insya-Allah kita akan isi kekosongan itu secepat mungkin. Kalau ada cadangan, sila tulis surat kepada saya untuk pertimbangan itu," katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Nasyrul Quran, di sini.

Dalam pada itu, Anwar tidak menolak untuk memberi penjelasan berhubung kes melepas tanpa dibebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen, sekali gus menokhtahkan isu berkenaan yang berterusan dikritik di Dewan Rakyat.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Abdul Hassan Karim yang meminta agar perdana menteri memberi penjelasan berhubung isu DNAA ketika sesi pertanyaan perdana menteri di Parlimen. 

Ini bagi mengelakkan sistem perundangan dan pentadbiran negara terus menerima kritikan.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu