fb fb fb fb fb

Kekalkan warisan baju melayu teluk belanga

(FOTO HIASAN)

JOHOR BAHRU, 24 April- Leher dijahit dengan jahitan tulang belut menggunakan tangan serta berbutang satu, itu antara ciri-ciri baju melayu teluk belanga yang tidak asing bagi orang Johor.

Tukang jahit baju melayu teluk belanga, Jamil Sukaimi berkata, bagi memenuhi permintaan pelanggan sempena Aidilfitri, beliau mengupah 10 tukang jahit tulang belut dari seluruh negeri.

Perkara ini secara tidak langsung membantu individu diupah, majoritinya suri rumah menambah pendapatan.

Jelas Jamil, Johor memerlukan lebih ramai pakar jahitan tulang belut.

Justeru, kolej-kolej komuniti atau kemahiran diseru memperhebat latihan jahitan tersebut supaya warisan ini tidak pupus.

"Baju melayu sekarang telah dimodenkan, saya rasa itu sudah keterlaluan sebab tu budaya kita sendiri.

"Kalau boleh kita kekalkan baju melayu yang asli dengan potongan longgar dan tidak menampakkan bentuk tubuh, katanya.

Dalam pada itu, katanya masyarakat hari ini perlu menghormati kesenian yang ada pada baju melayu supaya tidak dipengaruhi budaya asing.

Di Johor, baju melayu teluk belanga bukan sahaja dipakai semasa perayaan Aidilfitri, tetapi turut dikenakan pada majlis-majlis keraian, majlis perkahwinan dan solat Jumaat.


(Tukang jahit baju Melayu teluk belanga, Jamil Sukaimi)

Media Baharu