fb fb fb fb fb

Kejohanan Badminton Tertutup Johor 2022, disertai 330 peserta



JOHOR BAHRU, 5 Februari - 330 peserta daripada 54 kelab badminton di Johor, akan menyertai Kejohanan Badminton Tertutup Johor 2022, di Gelang Patah pada 10 hingga 13 Februari ini.

Kejohanan edisi ke-10 itu, mempertandingkan tiga kategori bawah 16,14, dan 12 tahun.

Presiden Persatuan Badminton Johor Mat Rashid Jahlil berkata, kejohanan tersebut menjadi platform bagi menilai dan memilih pemain untuk mewakili Johor keperingkat kebangsaan.

Selain menjadi persiapan mendapatkan pemain-pemain berpotensi mewakili negeri menjelang Sukan Malaysia (SUKMA) akan datang.

"Disamping kita membuat kejohanan peringkat remaja ini, kita juga mengenal pasti pemain-pemain yang berpotensi yang boleh kita bangunkan bersama, menerusi program khas untuk mewakili negeri Johor, dalam kejohanan SUKMA yang diadakan pada dua tahun sekali," kata Mat Rashid di sini.

Saingan tersebut juga bermanfaat bagi para atlit mempamerkan potensi dan bakat mereka seterusnya melahirkan lebih ramai pemain berkualiti.

Kejohanan akan berlangsung di Dewan NS Sport, Gelang Patah melibatkan acara perseorangan lelaki dan wanita serta berpasukan lelaki dan wanita.

 

Media Baharu