fb fb fb fb fb

Kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi tidak hanya berlaku di sempadan

(Datuk Rosol Wahid ketika ditemu bual media selepas mengikuti pemeriksaan secara bersasar
di premis pembungkusan minyak masak bersubsidi utama di sekitar Shah Alam, Selangor)

SHAH ALAM, 5 Julai - Kegiatan penyelewengan pembungkusan minyak masak bersubsidi kini tidak lagi tertumpu di kawasan sempadan negara malah turut berlaku di lokasi lain.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid, kegiatan itu turut dikesan berlaku di negeri Perak dan kawasan Lembah Klang di mana minyak masak bersubsidi yang diseleweng akan diseludup ke negara jiran.

Pihaknya memandang serius perkara tersebut dan akan melipat gandakan pemantauan secara agresif serta mengambil tindakan tegas kepada mereka yang didapati bersalah.

"Cuma apabila kita dapat jenama minyak (masak) Malaysia yang berada di sempadan itu kita akan terus ambik tindakan untuk kita pantau dan kita menyiasat dengan lebih lanjut, dalam masa yang sama tindakan segera kita hentikan dulu kilang tersebut, itu tindakan (yang) kita buat hingga kita selesai menyiasat dan saya difahamkan oleh pegawai, proses menyiasat ini ambil masa, sekurang-kurang ambil masa selama tiga bulan," kata beliau kepada media selepas mengikuti pemeriksaan secara bersasar di premis pembungkusan minyak masak bersubsidi utama di sekitar Shah Alam, hari ini.

 
(Datuk Rosol Wahid mengikuti pemeriksaan secara bersasar di premis pembungkusan minyak
masak bersubsidi utama di sekitar Shah Alam) 

Sehingga kini, sebanyak 24 syarikat pembungkusan minyak masak di seluruh negara telah dikenakan tindakan atas kesalahan penyelewengan minyak masak bersubsidi sejak tahun lalu.

Daripada jumlah tersebut, 15 syarikat telah digantung lesen manakala sembilan lagi syarikat ditarik lesen pembungkusan minyak masak bersubsidi mereka.

Media Baharu