fb fb fb fb fb

Keedsflix dan USIM taja 1,000 ID percuma kepada golongan B40

CYBERJAYA, 2 April- Keedsflix menerusi usahasama dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menaja 1,000 ID percuma bernilai RM199,000 buat golongan B40 dalam usaha meningkatkan taraf pendidikan anak-anak.

Menurut Pengarah Keedsflix Sdn Bhd, Azri Jenami ramai kanak-kanak terutama daripada golongan B40 yang terjejas sepanjang pandemik dan tidak mempunyai akses kepada kemudahan internet menjadi titik tolak kepada lahirnya program seumpama ini.

Menurutnya, usaha ini bertujuan untuk memastikan tiada pelajar yang ketinggalan termasuk tidak boleh membaca setelah dua tahun tidak mendapat pendidikan terbaik akibat COVID-19.

"Kita melihat bahawa dalam keadaan pandemik, M40 dah pergi ke B40. Maka, hari ini melalui medium Universiti Islam Malaysia (USIM), dimana kita lihat USIM antara yang agresif menjalankan projek kebajikan pada banjir hari tu. Jadi kita memilih USIM untuk memberikan 1,000 ID percuma bernilai RM199,000 kepada anak-anak B40," kata Azri ketika ditemui dalam majlis Penyerahan Bantuan Pembelajaran Online Keedsflix, di sini.


(Pengarah Keedsflix Sdn Bhd, Azri Jenami menjelaskan kepada media berhubung kerjasama Keedsflix dan USIM)

Terdahulu turut berlangsung majlis Memorandum Persefahaman antara Showme Eduwav Berhad dan Pipakids International Sdn Bhd bersama rakan kolaborasi bagi mencapai misi dan visi menjayakan agenda Showme Eduwav Berhad ke Bursa Tahun 2025.

Media Baharu