fb fb fb fb fb

Pembukaan sempadan, bekalan pasport antarabangsa mencukupi - KDN

PETALING JAYA, 2 April- Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan bekalan pasport antarabangsa mencukupi berikutan pembukaan sempadan antarabangsa negara.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata rakyat Malaysia yang ingin membuat permohonan baharu atau memperbaharui dokumen tidak perlu risau kerana Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mempunyai stok yang mencukupi bagi tempoh enam bulan dari sekarang.

"Mereka ada stok sebanyak 600,000 dan Insya-Allah kalau kita bincang dari segi unjuran yang kita mahukan, saya yakin permohonan pasport baharu yang kita unjurkan melebihi 2 juta itu, InsyaAllah mencukupi untuk tahun ini," kata Hamzah ketika ditemui selepas melawat kilang Datasonic Technologies, di sini.


(Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin bercakap pada sidang media
selepas melawat kilang Datasonic Technologies di Petaling Jaya)

Hamzah berkata beliau amat berpuas hati dengan tahap ciri keselamatan pada cetakan buku pasport yang dikeluarkan.

"Inilah perkara-perkara yang saya ambil maklum tadi supaya kita semua dapat rasa selesa bahawa pasport kita ini adalah yang terbaik," tambahnya.

Media Baharu