fb fb fb fb fb

Kediaman terbakar,wanita melecur 60 peratus

Foto RTM

PETALING JAYA, 5 Ogos-Seorang wanita melecur 60 peratus selepas kediamannya terbakar, petang tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohammad Munir Shuib menerusi satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 5:42 petang.

Menurutnya, kebakaran berlaku di tingkat 1, rumah Apartment 5 tingkat di Taman Paramount, di sini.

Kebakaran berlaku di bilik tidur, melibatkan katil dan tilam namun tidak melibatkan struktur bangunan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD