fb fb fb fb fb

Kediaman dinaiki air, 50 penduduk dipindahkan ke dua PPS

(Foto fail)

KUALA TERENGGANU , 9 Disember- Situasi hujan yang tidak berhenti di daerah Kuala Terengganu sejak Rabu malam memaksa 50 penduduk daripada 13 keluarga ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setelah kediaman mereka dinaiki air.

PPS Sekolah Kebangsaan Chendering yang telah dibuka sejak 7.15 pagi tadi menerima 33 penduduk daripada sembilan keluarga dari 4 buah kampung berhampiran.

Manakala PPS Sekolah Kebangsaan Atas Tol menempatkan 17 penduduk, melibatkan empat keluarga.

PPS kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kini bersedia untuk beroperasi sepenuhnya mengikut keperluan terutama pertambahan penduduk terjejas di sesuatu kawasan terlibat.

"Dua pagi, saya tidur saya rasa badan saya basah. Saya pun tidur semula. Tiba-tiba basah kuyup, banyak rasa tengok air penuh dalam rumah sampai paras buku lali masa itu," kata penduduk terjejas, Saripah Jalil.

"Kita bersedia untuk menerima penduduk-penduduk yang akan mendaftar dan menetap di sini," kata Penyelaras PPS SK Chendering, Wan Norhayati Wan Abdullah.

(Kediaman dinaiki air, 50 penduduk dipindahkan ke dua PPS)

Media Baharu