fb fb fb fb fb

KEDA lancar Tabung Derma Kemanusiaan Palestin

FOTO KEDA

ALOR SETAR, 27 Oktober- Prihatin dengan nasib yang menimpa rakyat Palestin, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) melancarkan Tabung Derma Kemanusiaan Palestin.

Ia sebagai tanda kebersamaan staf KEDA dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dalam menyatakan solidariti terhadap Umat Islam dan tragedi Kemanusiaan di Palestin.

Pelancaran disempurnakan oleh Pengurus Besar KEDA, Ismasuhaimi Shariff di perkarangan ibu pejabat KEDA di Alor Setar.

Turut hadir, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KEDA, Khairul Azmeer Abu Bakar, pengurus bahagian dan ketua-ketua unit KEDA.

Warga KEDA mendoakan supaya penduduk Palestin terus diberi kekuatan oleh Allah SWT dalam perjuangan menghadapi tekanan secara ketenteraan daripada pihak tidak bertanggungjawab dan tabah menghadapi krisis kemanusian yang terjadi.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE