fb fb fb fb fb

Kedaulatan negara diutamakan dalam rundingan WHO CA+, IHR 2005 - Dr Zaliha

FB Dr Zaliha Mustafa

KUALA LUMPUR, 27 Oktober- Kerajaan akan memastikan kedaulatan negara sentiasa menjadi keutamaan dalam rundingan Triti Pandemik Perjanjian Konvensyen Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO CA+) dan pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR 2005).

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa menerusi satu hantaran di laman Facebook malam tadi berkata beliau mendengar kebimbangan rakyat terkait isu WHO CA+ dan pindaan IHR 2005 berkenaan.

“Penglibatan kita penting untuk memastikan suara kita didengari dan sebarang keputusan yang akan dibuat di peringkat WHO ini tidak bercanggah dengan prinsip kita khususnya perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia.

“Tiada keputusan akan diberikan sehingga segala-galanya dipersetujui. Saya memberi komitmen bahawa kedaulatan negara akan sentiasa menjadi keutamaan dalam rundingan ini,” katanya.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sebelum ini dilaporkan menuntut kerajaan membantah rundingan WHO CA+ dan pindaan IHR 2005 kerana dikhuatiri akan mengancam kedaulatan negara.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE