(Ia merupakan latihan persediaan untuk meningkatkan kecekapan pegawai
dan anggota semasa bertugas di lapangan sekiranya berlaku bencana)
BALING, 2 Mac- Penyertaan tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah memantapkan lagi Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) dari segi teknikal pengurusan bencana.
Pengarah APM Kedah, Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub berkata langkah itu antara penambahbaikan yang dilaksanakan bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).
"Yang boleh kita atur gerak untuk menguruskan bencana dari aspek teknikal. Mereka mempunyai kepakaran khas untuk melaksanakan tugas-tugas penyelamatan dan pengurusan bencana," kata beliau semasa menghadiri Eksesais SAR APM Kedah Zon Selatan di Dusun Tok Wak Desa Sentosa, Ulu Lengong, di sini.
Eksesais itu merangkumi pengurusan pasukan, kerjasama berkumpulan, masa tindak balas dan membaiki semula koordinasi komunikasi agar berada pada tahap lebih baik.
Ia merupakan latihan persediaan untuk meningkatkan kecekapan pegawai dan anggota semasa bertugas di lapangan sekiranya berlaku bencana.
Seramai 120 pegawai dan anggota APM Baling, Sik, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu terlibat dalam eksesais tersebut.
(Kecekapan teknikal pengurusan bencana Pasukan Khas Pertahanan Awam ditingkatkan)