fb fb fb fb fb

Kebakaran rumah di Miri, punca masih dalam siasatan - JBPM

Foto JBPM Sarawak

MIRI, 26 Jun- Sebuah rumah musnah dalam kebakaran di Tudan Desaras, Miri, malam tadi.

Laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataan memakluman seorang lelaki mengalami cedera ringan selepas terjun melalui tingkap untuk menyelamatkan diri.

Pihak bomba menerima laporan mengenai kebakaran itu pukul 10.23 malam.

Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lutong kemudiannya digerakkan ke lokasi kebakaran.

Mereka mendapati rumah setingkat berstruktur separuh kekal tersebut terbakar sepenuhnya, selain sebuah kereta turut musnah.

Kebakaran dapat dikawal pukul 10.35 malam dan operasi tamat pukul 12.10 tengah malam.

Punca kebakaran dan kerugian masih disiasat.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM