fb fb fb fb fb

Keadaan banjir di Marudi terkawal, penduduk terjejas banjir kekal

Pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Suarah Daerah Marudi

MARUDI, 21 September - Tiada perubahan jumlah penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Suarah Daerah Marudi setakat pukul 7.00 pagi ini, dengan keadaan dilaporkan terkawal dan selamat.

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Marudi, jumlah penduduk terjejas banjir masih kekal 17 orang daripada lima keluarga berada di PPS Dewan Suarah Marudi.

Antara kawasan terjejas ialah Kampung Padang Kerbau (Tepi Sungai), Kampung Cina, Kampung Dagang, dan Kampung Narum di Marudi.

Jumlah penduduk terjejas terdiri daripada lapan lelaki dan sembilan perempuan melibatkan kanak-kanak, bayi, dewasa serta warga emas.

Sementara itu, seramai empat petugas terdiri daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan RELA masih bertugas di PPS tersebut bagi memastikan kebajikan penduduk terjaga.

JPBD Marudi memaklumkan, keadaan semasa terkawal dan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI