KUALA LUMPUR,24 Julai- Kementerian Dalam Negeri (KDN) komited untuk terus menyeimbangkan keperluan keselamatan negara dengan penghormatan terhadap prinsip hak asasi manusia dan menyambut baik semua isu-isu yang telah dikenal pasti oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, justeru itu kementerian telah mengambil langkah penambahbaikan berfasa dalam beberapa isu yang dibangkitkan.
Menurutnya, KDN kini dalam fasa akhir untuk memuktamadkan rang undang-undang (RUU) baharu berkaitan tahanan rumah.
Datuk Seri Saifuddin Nasution menggulung usul Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan SUHAKAM 2023
Beliau, terdapat kesesakan dalam penjara yang menempatkan 83,808 prospek sedangkan kapasiti sedia ada hanya untuk 76,311 sahaja.
Antara punca utama kesesakan adalah tahanan reman dan 65 hingga 70 peratus tahanan kes berkaitan dadah.
"Maka pelaksanaan tahanan rumah dengan pemantauan alat elektronik adalah antara penyelesaian yang sedang dirangka.
"Ini kerana 35 peratus (tahanan reman) daripada 83,808 prospek adalah satu angka besar," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung usul Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan SUHAKAM 2023 bagi KDN di Dewan Rakyat hari ini.
Sementara itu, KDN berpandangan perlu ada elemen semak dan imbang terhadap proses pendaftaran yang dijalankan oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
Menurutnya, ketika ini, proses itu dijalankan sepenuhnya oleh UNHCR tanpa penglibatan mana-mana agensi keselamatan kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen atau agensi lain bagi tujuan.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan sebanyak 10,416 permohonan menjadi warga negara pada tahun ini diluluskan KDN sehingga Jun lalu.
Menurutnya, daripada jumlah itu 70 peratus adalah permohonan daripada anak tidak sah taraf dan anak angkat.
"Ini memberikan kesan yang besar kepada kehidupan hari muka mereka (anak tidak sah taraf & anak angkat) berbanding kalau biarkan mereka menunggu sehingga lima, 10 atau 15 tahun.
"Ini saya fikir prinsip keadilan, kemanusiaan. Mengangkat harga diri dan kita sudah berikan harga diri," katanya.