fb fb fb fb fb

KDN disaran memuktamadkan keputusan perjanjian FWCMS dan Bestinet Sdn. Bhd.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Mas Ermieyati Samsudin

KUALA LUMPUR, 3 Julai- Kementerian Dalam Negeri (KDN) disaran memuktamadkan keputusan perjanjian dan hala tuju Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) dengan syarikat vendor Bestinet Sdn.Bhd.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia antara langkah penambahbaikan daripada yang disyorkan kepada kerajaan berhubung Pengurusan Pekerja Asing Melalui Sistem Pengurusan Pekerja asing Bersepadu (ePPAx) dan FWCMS.

Beliau memaklumkan, menerusi empat prosiding yang  dijalankan PAC bersama pihak berkaitan, sistem bersepadu ini didapati telah digunakan selama lebih enam tahun tanpa memuktamadkan sebarang kontrak mengikut peraturan yang ditetapkan.

"Melalui prosiding yang diadakan, PAC mendapati Mesyuarat Jemaah Menteri pada 26 Ogos 2015 telah meluluskan pembangunan sistem ePPAX dan FWCMS iaitu dua sistem yang sama berkonsepkan 'single window'.

"Ini sekali gus, berlakunya pertindihan fungsi antara agensi dalam membangunkan sistem pengurusan pekerja asing dan pembaziran wang awam.

"PAC turut mendapati bahawa kontrak FWCMS masih belum dimuktamadkan dan ditandatangani antara kerajaan dan vendor walaupun Surat Setuju Terima (SST) bagi pembangunan sistem FWCMS telah dikeluarkan pada 12 Januari 2018 sehingga tarikh prosiding terakhir PAC iaitu13 Mac 2024", katanya.

Datuk Mas Ermieyati mendedahkan perkara itu dalam Sidang Media Khas PAC di Parlimen.

ROSLINA BINTI DIN