fb fb fb fb fb

KBS fokus hidupkan industri sukan negara menjelang Bajet 2023

JOHOR BAHRU, 13 September- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi fokus menghidupkan industri sukan negara menjelang Bajet 2023 akan datang.

Menteri KBS, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, fokus tersebut akan memanfaatkan negara dari segi limpahan ekonomi, menerusi pembudayaan sukan.

Antara manfaatnya dapat mencergaskan dan menyihatkan masyarakat sekaligus mengurangkan peruntukan kepada Kementerian Kesihatan dalam menjaga kesihatan rakyat.

Selain itu, usaha memperkasa E–Sukan dan program pembangunan belia dalam negara akan terus dilaksanakan.

Ia juga berpotensi menyediakan peluang pekerjaan kepada bekas atlit sebagai jurulatih kepada pemain liga–liga bola sepak peringkat kawasan perumahan dan kampung.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Perasmian Stadium Mini Arena Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Uda, di sini.

Menteri KBS, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu / FOTO BERNAMA

Stadium menelan kos RM6.23 juta itu adalah yang pertama dibina di sekolah harian di sini, berpotensi melahirkan atlet berkualiti serta pelapis atlet Johor.

KBS akan meluluskan segala peruntukan menyelenggara padang stadium tersebut, manakala Kerajaan Negeri akan memperuntukan dana bagi pembinaan pagar stadium dan Jabatan Pendidikan Negeri akan menyediakan peralatan sukan.

Media Baharu