fb fb fb fb fb

Isteri juruterbang nahas helikopter masih di luar negara

IPOH, 13 September- Bedah siasat ke atas mangsa kemalangan helikopter jenis Eurocopter di Hutan Simpan Chikus, Bidor dijalankan pada pukul 9.00 pagi di Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri dalam satu kenyataan memaklumkan isteri mangsa masih berada di luar negara dan akan tiba di Malaysia dalam masa terdekat.

"PDRM Perak turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa," katanya.


Mayat juruterbang helikopter yang terhempas di Hutan Simpan Chikus, di Bidor / FOTO BERNAMA

Jelas beliau, tempat kejadian nahas dikawal rapi sehingga siasatan Biro Kemalangan Udara dan PDRM selesai dijalankan.

Tambahnya, helikopter tersebut akan diserahkan kepada pemilik untuk tindakan lanjut.

"PDRM Perak mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama diberikan seluruh agensi dan sukarelawan yang terbabit dalam menjayakan operasi menyelamat dan mengesan mangsa nahas terbabit," katanya.

Media Baharu