fb fb fb fb fb

KBS bakal perluas Kursus Terapi Sukan di semua ILKBS

Timbalan Menteri Belia dan sukan, Adam Adli Abdul Halim/ Foto RTM

KUALA LUMPUR, 24 Oktober-Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kini dalam usaha memperluaskan Kursus Terapi Sukan di semua Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) bagi penghasilan tenaga kerja belia berkemahiran yang kompetitif

Timbalan Menteri KBS, Adam Adli Abdul Halim memaklumkan pelbagai kursus-kursus baharu diwujudkan dalam mengembangkan ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

"Manakala kursus-kursus baharu seperti Kursus Pembinaan dan Penyelenggaraan Fasiliti Sukan, Permotoran Sukan (Empat roda dan dua roda), dan Fotografi Sukan akan mula ditawarkan di ILKBS selepas mendapat pentauliahan daripada badan-badan pensijilan yang berkaitan", katanya demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen ipoh Timur, Lee Chuan How yang bertanyakan perancangan KBS untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada belia dalam kemahiran pengurusan sukan atau TVET sukan di insitusi-insitusi kemahiran belia seliaan KBS.

Tambahnya, sesi libat urus bersama wakil industri dan pemegang taruh sektor industri sukan akan diadakan bagi mendapatkan maklumat dan pandangan berkaitan kemahiran TVET sukan, keperluan sumber tenaga mahir serta peluang pekerjaan dalam sektor industri sukan berkaitan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD