fb fb fb fb fb

KBBM Zon Sarawak buka peluang luas usahawan tempatan

Pengarah Bahagian Pembangunan Jualan Langsung KPDN, Muhd Fairuz Abdul Halim

KUALA LUMPUR, 1 September -Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) Zon Sarawak dijangka membuka peluang lebih luas kepada usahawan tempatan memperkenalkan produk mereka, sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

Pengarah Bahagian Pembangunan Jualan Langsung KPDN, Muhd Fairuz Abdul Halim berkata, pengunjung juga berpeluang untuk mendapatkan pelbagai produk unik dan berkualiti pada harga berpatutan.

"Menerusi kempen ini, kita menghimpunkan produk-produk tempatan serta usahawan-usahawan ini untuk menjual di satu lokasi yang sama. Jadi, apabila kita lihat kehadiran pengunjung yang ramai, mereka berpeluang melihat sendiri kepelbagaian produk tempatan yang kini telah mencapai satu tahap pencapaian yang cukup membanggakan.

"Dalam konteks ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) juga akan memainkan peranan membantu, produk tempatan memasuki pasar raya tempatan dan antarabangsa. Selain itu bekerjasama dengan pemain industri," katanya ketika ditemui selepas Program Selamat Pagi Malaysia, di sini.

Jelajah Karnival KPDN 2025 dan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) Zon Sarawak akan berlangsung dari 5 hingga 7 September ini di Kuching Waterfront, Sarawak.

TETITIA YUSOFF