TAWAU, 12 Ogos - Kementerian Perladangan dan Komoditi menyasarkan peningkatan keluasan tanaman koko sebanyak 2,750 hektar di seluruh negara dalam tempoh 2025 hingga 2030.
Kenaikan harga koko dilihat akan membuka peluang sekali gus mengangkat semula koko sebagai komoditi strategik selain menjadikan tanaman itu lebih kompetitif dan berdaya saing.
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin berkata, ia didorong peningkatan harga koko sekali gus akan membuka peluang sekali gus mengangkat semula koko sebagai komoditi strategik selain menjadikan tanaman itu lebih kompetitif dan berdaya saing.
Program Galakan Tanaman Koko Sektor Perladangan 2025-2030, dengan peruntukan tahunan RM550,000 merupakan inisiatif strategik bagi merancakkan peluasan kawasan tanaman koko melalui sektor perladangan.
"Kita menggalakkan penanaman koko kerana pada ketika ini harga koko dunia kini mencatatkan peningkatan yang amat memberangsangkan.
"Pada 2024 lalu purata harga biji koko kering telah meningkat sebanyak 141 peratus kepada RM24,274 bagi satu tan metrik berbanding RM10,073 pada tahun sebelum ini. Perkembangan ini menjadikan koko sebagai tanaman komuniti mampu menjana pulangan yang lumayan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Libat Urus; Galakkan Tanaman Koko Sektor Perladangan Wilayah Sabah di sini.
Menerusi Program Galakan Tanaman Koko Sektor Perladangan itu, Lembaga Koko Malaysia (LKM) menyediakan bantuan anak benih koko percuma.
Selain itu menyediakan bimbingan teknikal dan latihan amali, serta pemantauan berterusan bagi memastikan penanaman koko dijalankan mengikut amalan pertanian terbaik.
Dalam tempoh 2025 hingga 2030, Program Galakan Tanaman Koko Sektor Perladangan menyasarkan peningkatan keluasan tanaman koko sebanyak 2,750 hektar di seluruh negara.