IPOH, 14 Oktober- Pembukaan kawasan perindustrian berteknologi tinggi di Kerian menyemarakkan lagi usaha kerajaan negeri untuk memajukan daerah tersebut sebagai Pusat Industri Negara.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata selain itu ia juga akan mempercepatkan proses pembinaan loji rawatan air (LRA) di utara Perak bagi memenuhi keperluan pengairan padi di wilayah berkenaan.
Menurut Saarani, pihaknya juga turut mengenal pasti kawasan strategik bagi melaksanakan projek berkenaan.
"Kita sudah mengenal pasti beberapa kawasan yang berpotensi untuk kita bangunkan kawasan industri baharu.
"Namun, pengumuman Perdana Menteri semalam, saya melihat sekurang-kurangnya 1000 ekar tanah diperlukan. Kita akan melihat semula keperluan itu", kata Saarani yang ditemui elepas menghadiri sambutan Hari Sukan Negara peringkat negeri di Bulatan Sultan Azlan Shah, di sini.
Pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkanBelanjawan 2024 mengumumkan kerajaan akan membuka kawasan perindustrian berteknologi tinggi di Kerian, Perak bagi membina ekosistem lebih luas untuk kluster elektrik dan elektronik (E&E) di wilayah utara.
(Menteri Besar Perak,Datuk Seri Saarani Mohamad)