fb fb fb fb fb

Kawasan hutan berhampiran JRTB Gerik terbakar

Foto: JBPM Perak

IPOH, 27 Mac- Kawasan hutan di tepi laluan jalan di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) dekat Gerik terbakar hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan pada 2.46 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik sampai di lokasi kejadian sejauh 30 kilometer kira-kira 45 minit kemudian.

"Setibanya jentera di lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan kawasan hutan di tepi laluan Jalan Raya Timur Barat dari arah Gerik ke Jeli, Kelantan dengan anggaran keluasan empat hektar telah terbakar.

"Kebakaran itu tidak membabitkan mangsa dan operasi pemadaman sedang dijalankan ketika ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata 10 anggota dari BBP Gerik serta dibantu anggota dari BBP Pengkalan Hulu terlibat dalam operasi pemadaman itu.

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI