fb fb fb fb fb

Kawasan beli-belah murah di Melaka bakal ditutup, peniaga Kampung Jawa turut terkesan

MELAKA, 21 Januari - Kawasan perniagaan ikonik Kampung Jawa di sini akan ditutup pada 31 Mei depan, bagi memberi laluan kepada pembangunan projek baharu.

Penutupan kawasan perniagaan itu nyata memberi kesan kepada 12 peniaga di kawasan berkenaan.

Kawasan jualan barangan keperluan dan rumah yang sudah beroperasi lebih 100 tahun itu menjadi lokasi tumpuan penduduk masyarakat setempat golongan B40.

Rata-rata peniaga yang ditemui RTM meluahkan rasa terkilan kerana bukan sahaja mereka hilang mata pencarian, malah turut kehilangan pelanggan tetap yang lazimnya mendapatkan barangan keperluan pada harga murah.

"Rakyat yang berpendapatan rendah tak mampu membeli di pusat beli-belah yang mewah dan Kampung Jawa ini ada menjual semua barangan termasuk pakaian sekolah, untuk baju raya, umrah dan haji," kata peniaga Sulaiman Omar kepada RTM.

Sementara itu peniaga Ng Kien Chew dan Koh Lian Neo berkata Kampung Jawa sinonim dengan pelanggan tetap yang terdiri daripada pelbagai kaum dan menerima pelanggan dari luar kawasan untuk membeli belah di kawasan penuh bersejarah itu.

Mereka akui sedih mengenangkan terpaksa berpindah dari tapak perniagaan itu tidak lama lagi.

Media Baharu