fb fb fb fb fb

Kawal selia sempadan: Perbincangan penubuhan agensi tunggal di peringkat akhir

JOHOR BAHRU, 20 Januari- Sebuah agensi tunggal yang diberi kuasa sepenuhnya untuk mengawal selia sempadan negara, kini di peringkat akhir proses penubuhan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, penyatuan itu boleh meningkatkan kualiti kawal selia sempadan negara.

Tambahnya, ketika ini lebih 20 agensi terlibat dalam memastikan kawal selia sempadan negara. Antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia, MAQIS dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

"Penubuhan agensi tunggal mengawal selia sempadan negara menjadi inisiatif berterusan dalam memberi khidmat kepada rakyat.

"Kalau kita berhasil ke arah mewujudkan sebuah agensi tunggal di mana kesemua fungsi agensi kawal selia itu kita satukan tanpa kompromi tetapi manfaatkan teknologi dan ambil contoh beberapa negara yang membabitkan agensi kawalan sempadan, kita percaya itu arah tuju paling tepat dilaksanakan," katanya.

(Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail)

Saifuddin memaklumkannya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Keputusan Kesesakan Tambak Johor di Bangunan Sultan Iskandar, di sini.

Media Baharu