PUTRAJAYA, 21 Disember- Kuasa kawal selia bekalan gas di Sabah dipindahkan kepada kerajaan negeri, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut beliau, perkara itu diputuskan selari dengan komitmen kerajaan perpaduan untuk memartabatkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
"Umpamanya hari ini untuk gas, kita pindahkan kuasa kawal selia bekalan gas yang dahulunya peringkat Petronas, persekutuan, dipindahkan kepada kerjaan negeri Sabah. Tentunya tarikh pelaksanaan itu menunggu perkenan Agong. Kelulusan Jemaah Menteri dipakai hari ini," kata Anwar.
Perdana Menteri menjelaskan, dengan pemindahan ini, kuasa menetapkan harga serta perjanjian baharu dapat dilaksanakan di peringkat negeri.
(Datuk Seri Anwar Kawal selia gas Sabah diserah kepada kerajaan negeri/BERNAMA)