fb fb fb fb fb

Akta Kerja 1955 (PIndaan) 2022 berkuat kuasa 1 Januari ini

PUTRAJAYA, 21 Disember- Penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 yang sebelum ini ditangguhkan, akan dilaksanakan pada 1 Januari 2023.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata walaupun terdapat permintaan daripada pihak industri untuk memanjangkan tempoh penangguhan, terdapat juga keperluan untuk menguatkuasakan akta berkenaan.

Pindaan itu antaranya meliputi pengurangan waktu bekerja kepada 45 jam seminggu, penambahan cuti bersalin kepada 98 hari, cuti paterniti dinaikkan kepada tujuh hari dan larangan diskriminasi dalam pekerjaan.

Pindaan turut mewajibkan keperluan mendapatkan kelulusan penggajian pekerja asing daripada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).

"Kewajaran untuk majikan mendapatkan kelulusan penggajian pekerja asing daripada Ketua Pengarah JTKSM adalah kerana permohonan yang ditolak sebelum ini susulan kegagalan majikan mematuhi undang-undang perburuhan," katanya kepada media di sini.

(V. Sivakumar memaklumkan Akta Kerja 1955 (PIndaan) 2022 berkuat kuasa 1 Januari ini)

Media Baharu