fb fb fb fb fb

KASA fokus isu bekalan air di Labuan

(Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man)

LABUAN, 21 Ogos - Tiga perkara utama berkenaan isu pembekalan air di Labuan menjadi perhatian Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).

Antaranya merangkumi paip bekalan air yang sudah usang, penggantian sistem bekalan di perkampungan air serta paip bekalan utama di Jalan Mohamad Salleh Kg. Sungai Bedaun.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pihaknya juga berusaha untuk meningkat kapasiti simpanan air sedia ada di Kinabenuwa demi kelangsungan lebih 100,000 penduduk wilayah itu.


(Foto hiasan)

"Reserve (rizab) margin bagi Labuan ini lebih kurang 20% tapi bila ada sesuatu yang berlaku dia akan menyebabkan 'impact direct' (kesan langsung) kepada pengguna. Jadi oleh kerana itu kita cuba untuk bangunkan 'Off River Storage' (ORS) atau pun TAPS kita di Kinabenuwa yang kita jangka boleh sampai kepada lebih kurang 30 MLD, ini sekurang-kurangnya ada 'backup system' kepada penduduk di Labuan, Insya-Allah," kata beliau selepas menyaksikan aktiviti khidmat masyarakat Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Bahagian Bekalan Air Labuan iaitu penukaran pili konvensional kepada pili jimat air melibatkan 50 buah kediaman dari golongan B40 di sekitar Labuan, hari ini.

Ia dapat membantu mengurangkan bil air bulanan pengguna berdasarkan penjimatan penggunaan air melalui produk yang didaftarkan di bawah Skim Pelabelan Produk Cekap Air (SPPCA) di bawah SPAN.

Media Baharu