fb fb fb fb fb

Aspek perumahan rakyat, keutamaan pembangunan di Kedah

(Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor)

SUNGAI PETANI, 21 Ogos - Kerajaan negeri Kedah meletakkan aspek perumahan rakyat sebagai keutamaan dalam melaksanakan pembangunan di negeri itu.

Dan pada dasarnya kerajaan telah menyediakan perancangan yang rapi dan secara komprehensif bagi memenuhi keperluan perumahan rakyat.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerajaan negeri sentiasa komited dalam melaksanakan pembangunan rumah mampu milik kepada golongan sasar.

Ia seiring dengan hasrat untuk memastikan pembangunan sektor perumahan yang berdaya huni serta teratur dapat dinikmati oleh mereka yang kurang berkemampuan terutamanya golongan B40 dan M40.


(Foto fail)

"Keprihatinan kerajaan bukan hanya cakap-cakap kosong tetapi ianya akan direalisasikan melalui Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan di mana kerajaan telah merangka perancangan satu juta rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun (2018-2028) yang akan dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan persekutuan, kerajaan negeri serta pihak swasta bagi manfaat golongan B40," kata beliau ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Perbandaran Mampu Milik Darulaman Lagenda, di sini hari ini.

Sebanyak 2,848 unit rumah dengan kadar harga di bawah RM250,000 seunit akan dibina di perbandaran ini hasil usahasama Bina Darul Aman Berhad, BDB dan Lagenda Properties Berhad (LPB) yang bekerjasama menerusi BDB Lagenda Sdn Bhd (BDB Lagenda) dalam usaha membangunkan projek ini.

Bagi pembangunan fasa satu, sebanyak 282 unit rumah teres satu tingkat akan dibina dan dijual bermula pada harga RM198,000.

Media Baharu