KUALA TERENGGANU, 27 Jun- Karnival Sunnah Zon Timur 2.0 mendapat sambutan luar biasa apabila dibanjiri ribuan pengunjung ke Taman Tamadun Islam, dekat sini.
Pelbagai aktiviti disediakan dengan penglibatan penyertaan dari semua peringkat umur pada hari ketiga karnival berlangsung.
Pengunjung ditemui berpendapat program seumpama itu sangat bertepatan dengan pelbagai acara yang memberi penekanan dan pemahaman tentang ajaran Al-Quran dan sunnah.
Antara program yang mendapat sambutan, termasuk penyertaan lebih 300 peserta pertandingan hafazan, azan, pertandingan mewarna, mencanting batik serta pertandingan memasak.
Bagi pengunjung, Salwani Azali program tersebut membolehkan peserta mengenali antara satu sama lain.
Sementara itu, Pengurus Besar Taman Tamadun Islam (TTI), Mohd Fadhil Wahab pihaknya menyediakan pengangkutan alternatif agar tidak berlaku kesesakan.
Karnival Sunnah Zon Pantai Timur 2.0 turut menampilkan segmen Suara 34 Puncak Prestasi yang menggabungkan tiga stesen Negeri pantai timur beradu suara bersama Syahmi Sazli di mini studio Terengganufm.
Siaran selama satu jam itu bersiaran langsung secara terus di tiga stesen negeri iaitu Terengganufm, Kelantanfm dan Pahangfm.