NILAI, 16 Ogos - Karnival Kita MADANI X Program MADANI Rakyat (PMR) merupakan platform terbaik bagi agensi kerajaan merapatkan jurang antara rakyat khususnya dalam menyampaikan maklumat yang sahih secara komprehensif.
Menurut Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J. Arul Kumar, program tersebut dapat mengukuhkan hubungan baik antara kerajaan dan masyarakat setempat dengan mengamalkan nilai-nilai murni yang berlandaskan semangat MADANI tanpa mengira lapisan masyarakat atau komuniti setempat.
"Segala dasar dan juga inisiatif-inisiatif kerajaan dapat disebarkan kepada masyarakat umum.
"Kita mengharapkan agar masyarakat dapat mengambil segala maklumat di sini dan diperluaskan lagi di peringkat akar umbi di setiap komuniti". Katanya ketika
berucap pada program Karnival Kita Madani X Program Madani Rakyat (PMR) Peringkat Negeri Sembilan 2025 di Taman Semarak Nilai.
Pelaksanaan Karnival Kita MADANI X PMR merupakan kerjasama strategik antara Jabatan Penerangan (JAPEN) dan Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dalam usaha untuk menyebar luas informasi dan hebahan promosi awal berkaitan pelaksaaan Program MADANI Rakyat (PMR) Negeri Sembilan yang akan diadakan pada 22 Ogos hingga 24 Ogos 2025.
Program tersebut akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dataran Nilai.###