fb fb fb fb fb

Karnival Kerjaya: Lebih 20,000 individu peroleh pekerjaan setakat Jun

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 27 Jun- Sejumlah 25,853 individu berjaya mendapat pekerjaan menerusi penganjuran Karnival Kerjaya tahun ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud berkata ia bagi tempoh Januari hingga Jun.

"Jumlah berkenaan bukti komitmen Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui PERKESO yang berterusan menyediakan inisiatif meningkatkan pekerjaan.

"KSM turut mempergiatkan usaha mengadakan program melalui TalentCorp dengan fokus terhadap pembangunan kebolehpasaran bakat muda negara melalui kerjasama merentasi kementerian, jabatan, agensi kerajaan, pemain industri dan institusi pengajian tinggi awam/swasta serta teknikal.

"Antara inisiatif tersebut ialah platform pemprofilan sehenti MyNext, Program Latihan Industri Berstruktur (MySIP), Kolaborasi Industri-Akademia (IAC) dan Young Employable Student (YES)," katanya ketika menjawab pertanyaan Senator, Abdul Nasir Idris di Dewan Negara, di sini.

Tambahnya, sebanyak 1,203 program kerjaya telah dilaksanakan bagi tempoh Januari 2023 hingga 15 Jun 2023.

Daripada penganjurannya, seramai 35,810 orang berjaya ke sesi temuduga kedua dalam karnival berkenaan.


(Foto BERNAMA)

Artikel Berkaitan:
Latihan industri pembuka laluan kerjaya
KSM telah laksana 1,336 Karnival Kerjaya
Karnival kerjaya tawar lebih 7,000 peluang pekerjaan

Media Baharu