fb fb fb fb fb

Karnival Jualan Agro MADANI @ Terengganu 2025 sasar jualan RM1.2 juta

Pengerusi FAMA, Aminuddin Zulkipli

KUALA NERUS, 16 Oktober - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan jualan keseluruhan sebanyak RM1.2 juta sepanjang penganjuran Karnival Jualan Agro MADANI @ Terengganu 2025.
 
Karnival yang berlangsung selama empat hari bermula hari ini hingga 19 Oktober di Perkarangan Kompleks Majlis Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak itu turut menyasarkan kehadiran lebih 40,000 pengunjung.

Pengerusi FAMA, Aminuddin Zulkipli berkata, ini kali kedua program itu dianjurkan di negeri Terengganu, selepas berjaya mencatat jualan yang tinggi tahun lalu.

Sambutan yang diterima daripada rakyat tempatan juga amat menggalakkan, walaupun hujan sejak awal pagi.

"Jadi, kalau orang Terengganu datang beramai-ramai, meraikan dan menyokong, faedah penjimatan itu dapat dikembalikanlah.

"Melalui kajian yang dijalankan sejak 2023, penganjuran progam itu di tempat lain membolehkan orang ramai menikmati penjimatan," katanya.

Terdahulu, beliau melancarkan Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan Tempatan Peringkat Negeri Terengganu 2025 yang bermatlamat menggalakkan gaya hidup sihat, di samping menyokong hasil pertanian keluaran tempatan.
 
Turut hadir Pengarah FAMA Negeri Terengganu, Muhamad Fadlee Hassan.

MASNIZA AWANG KECHIK