fb fb fb fb fb

Karnival Cuti-Cuti Malaysia 2024 sasar 10,000 pengunjung

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan (empat,kiri) pada gimik Prapelancaran Karnival Cuti-Cuti Malaysia 2024 di Kompleks Kraf, Jalan Conlay / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 8 Oktober - Karnival Cuti-Cuti Malaysia (KCCM) 2024 bertemakan ‘Crafting Holidays’ menyasarkan kehadiran 10,000 pengunjung.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata KCCM 2024 merupakan julung kali dianjurkan melalui kerjasama strategik antara Tourism Malaysia dan Kraftangan Malaysia.

"Kali ini, pendekatan yang diambil adalah untuk memberi peluang kepada pengusaha industri mendapatkan cara baharu dalam menarik pelancong. Berbanding sebelumnya yang hanya menumpukan kepada promosi, kali ini terdapat ruang aktivasi.

"Kita juga memahami bahawa selera pelancong telah berubah selepas pandemik COVID-19, dengan lebih menekankan kepada pengalaman," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Prapelancaran KCCM 2024, di sini.

Karnival akan berlangsung selama tiga hari bermula 25 hingga 27 Oktober ini di Kompleks Kraf, Jalan Conlay.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN